Berita Hari Ini

KKM Sahkan Kes Positif Tukang Gunting Rambut Warga Pakistan

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan menerima notifikasi kes positif COVID-19 melibatkan seorang tukang gunting rambut warga Pakistan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata lelaki berkenaan yang bekerja di sebuah kedai gunting rambut di ibu negara, menawarkan perkhidmatan berkenaan dari rumah ke rumah atas permintaan klien di kawasan sekitar.

“Hasil siasatan awal, kedai gunting rambut tersebut tidak beroperasi sejak bermulanya fasa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) pertama iaitu pada 18 Mac, namun beliau terus memberi khidmat gunting rambut dari rumah ke rumah atas permintaan klien,” katanya pada sidang media harian di sini hari ini, lapor Bernama.

Mengulas lanjut, beliau berkata lelaki berkenaan didapati positif COVID-19 selepas majikannya membawanya menjalani saringan COVID-10.

“Kedai gunting rambut tersebut mula beroperasi pada 10 Jun dan majikan telah membawa beliau menjalani saringan COVID-19,” katanya.

Lelaki itu kini dirawat di Hospital Sungai Buloh, namun punca jangkitan belum dikenal pasti.

Beliau berkata sehingga kini KKM telah mengesan 40 kontak rapat berkaitan iaitu melibatkan 36 klien dan empat rakan serumah dengan kesemua mereka telah menjalani saringan COVID-19 dan diarah menjalani kuarantin di rumah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");