Berita Hari Ini

KPN Syor Hukuman Penjara Mandatori Ke Atas Pemandu Mabuk

PUTRAJAYA: Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador hari ini mencadangkan hukuman penjara mandatori ke atas pemandu mabu, dengan berkata, hukuman itu tidak boleh diserahkan kepada budi bicara hakim.

Bercakap kepada pemberita selepas satu acara di sini, Hamid berkata, beliau menyokong langkah Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Dalam Negeri menggubal undang-undang yang relevan, tetapi hukuman pencegahan hendaklah dimasukkan.

“Hukuman penjara mandatori boleh menghalang mereka,” katanya.

“Jika ia terserah kepada hakim, mungkin ada interpretasi yang berbeza antara seorang hakim dengan hakim yang lain.”

Hamid berkata demikian ketika mengulas beberapa insiden kemalangan jalan raya membabitkan pemandu mabuk.

Polis berkata, ia menahan 822 pemandu yang memandu dalam keadaan mabuk dalam tempoh 5 bulan pertama tahun ini, dengan 22 kemalangan disebabkan oleh pemandu mabuk dalam tempoh yang sama.

Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong sebelum ini berkata, cadangan pindaan Akta Pengangkutan Darat untuk memasukkan hukuman lebih berat kke atas pemandu mabuk juga akan merangkumi semua bentuk pemanduan sembrono atau berbahaya.

Hamid berkata, polis memberi tumpuan kepada usaha mengekang penularan wabak Covid-19 dan menguatkuasakan sekatan pergerakan awam.

“Hampir 45% kekuatan polis digunakan untuk menguatkuasakan sekatan pergerakan dari fasa pertama perintah kawalan pergerakan (PKP) hingga perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) hari ini,” katanya.

“Paling penting ialah negaraterus aman supaya rakyat boleh melakukan aktiviti harian mereka.”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");