Panasnya Hari Ini

Kumpulan PPBM Bertelagah Dijangka Bertemu Malam Ini

PETALING JAYA: Kumpulan PPBM yang bertelagah dijangka bertemu malam ini, pertemuan yang akan “menjawab” isu Dr Mahathir Mohamad dan 4 pemimpin lain yang terlucut keahlian, kata laporan media.

Kumpulan PPBM yang bertelagah dijangka akan bertemu malam ini, dalam pertemuan yang dipengerusikan Presiden Muhyiddin Yassin dan akan dihadiri ahli majlis pimpinan tertinggi yang dikaitkan dengan Dr Mahathir Mohamad.

Undangan turut dihantar kepada Setiausaha Agung Hamzah Zainudin, Ketua Wanita Rina Harun dan ahli majlis pimpinan tertinggi (MPT) lain.

“Kita jangkakan isu membabitkan Mahathir dan yang lain akan terjawab malam ini, malah beliau juga dijangka hadir,” kata laporan itu.

Keahlian Mahathir dan anaknya, Mukhriz, Maszlee Malik, Amiruddin Hamzah, dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman “terhenti” serta-merta minggu lalu kerana mengingkari parti dengan menyertai blok pembangkang di Dewan Rakyat memetik FMT.

Sementara itu, Marzuki berkata beliau tidak akan menghadiri pertemuan malam ini kerana mematuhi ketetapan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) berhubung pandemik Covid-19.

“Saya tidak tahu mesyuarat itu sah atau tidak sah…kerana kalau hendak ikut JPPM, segala aktiviti melibatkan parti tidak boleh dilakukan sehingga 30 Jun. Jadi macam mana mereka boleh lakukan mesyuarat?” katanya kepada FMT.

Marzuki juga tidak terima undangan rasmi ke pertemuan itu. “Cumanya tahu menerusi kiriman yang dihantar menerusi WhatsApp.”

JPPM pada Mac mengumumkan semua pertubuhan dilarang mengadakan program, aktiviti, persidangan, perhimpunan, dan mesyuarat agung sehingga 30 Jun, selaras arahan kerajaan berikutan penularan Covid-19.

Marzuki menganggap pertemuan malam ini bukan mesyuarat sah. “Cuma minum-minum kopi sahaja atau jamuan hari raya.”

Muhyiddin sebelum ini berkata tindakan terhadap Mahathir dan 4 pemimpin lain tidak dilakukan secara terburu-buru.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");