Perak Hari Ini

Lagi 8 Ahli Majlis MBI Angkat Sumpah Hari Ini

IPOH – Seramai lapan orang Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah mengangkat sumpah jawatan dalam satu majlis khas yang diadakan secara berperingkat dalam dua kumpulan pada pagi tadi.

Menurut MBI dalam satu kenyataan, ia adalah tambahan kepada 17 Ahli Majlis yang telah mengangkat sumpah jawatan pada 4 Mei lalu.

Puteri Holijah Muhamad Rali telah mengetuai kumpulan pertama manakala Datuk Azizul Kama Abd Aziz pula mengetuai kumpulan kedua mengangkat sumpah jawatan.

Terdahulu, Datuk Bandar, Datuk Rumaizi Baharin @ Md Daud telah mengetuai kumpulan pertama mengangkat sumpah jawatan.

Tempoh lantikan Ahli Majlis ini bermula dari 1 Mei 2020 hingga 30 April 2021.

Kuota jawatan berkenaan adalah empat dari Barisan Nasional (BN) dan masing-masing tiga daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan satu dari PAS.

Harapan MBI, semoga pelantikan Ahli Majlis tersebut akan menjadi penghubung antara MBI dan wargakota Ipoh sekaligus meneruskan kecemerlangan MBI sebagai antara PBT Terbaik di Malaysia.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");