Perak Hari Ini

Logo Blackout: Setiausaha Agung BERSATU Sifatkan Ada Pihak Persenda Parti

ULU KINTA- Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin menyifatkan perbuatan sesetengah pemimpin dan penyokong seolah-olah mempersendakan logo parti berkenaan.

Katanya, perkara tersebut ekoran daripada ada pemimpin yang melancarkan kempen ‘blackout’ dengan menukar warna logo parti itu kepada warna hitam putih, pada Rabu.

Tambah beliau, sebagai ahli yang benar-benar menyayangi parti, mereka seharusnya mempertahankan logo di sebalik parti berkenaan.

“Logo merupakan satu lambang, sebagai ahli yang benar-benar menyayangi partinya, lambang itu sepatutnya dihayati oleh semua kita ahli-ahli yang sepatutnya mempertahankan logo tersebut.

“Kepada mereka yang mempermainkan logo, bermakna mereka juga tidak menyayangi akan lambang parti mereka sendiri,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam satu sidang media selepas Majlis Penyampaian Pangkat Posthumous Skim Ex-Gratia Kerja PDRM dan Faedah Terbitan Bagi Koperal Safuan Mohamad Ismail di Mes Pegawai Kanan Briged Utara, di sini, hari ini.

Bagaimanapun katanya, jika perbuatan tersebut diulang lagi, beliau akan mengambil tindakan kepada mereka yang terlibat.

“Saya mengesyorkan supaya mereka tidak melakukan lagi kerana tindakan akan diambil kepada mereka,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");