Perak Hari Ini

Lost World Of Tambun Jangka Terima Peningkatan Jumlah Pengunjung

IPOH: Tarikan Lost World Petting Zoo di Taman Tema Lost World Of Tambun (LWOT) dijangka menerima pertambahan jumlah pengunjung dalam tempoh beberapa minggu ini.

Pengurus Besarnya Nurul Nuzairi Mohd Azahari berkata kebiasaannya sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan taman tema tersebut menerima jumlah mencecah 10,000 khususnya pengunjung pada hujung minggu.

“Saya merasakan masyarakat masih memerlukan masa dengan norma baharu ini khususnya berkaitan dengan keselamatan.

“Namun saya menjangkakan jumlah pengunjung akan meningkat dari minggu ke minggu. Dijangkakan sehingga pada Julai ini kita menerima sekitar 4,000 pengunjung dalam sehari,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada hari pertama pembukaan Lost World Petting Zoo, di LWOT, dekat sini, petang tadi.

Ujarnya lagi pihak pengurusan taman tema itu turut telah bersedia dari segi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bagi pengawalan COVID-19 dalam kalangan pengunjung.

“Kita telah menempatkan sekitar 50 cecair pembasmi kuman di sekitar taman tema ini untuk kegunaan ramai.

“Seterusnya di setiap kawasan zoo kita turut menempatkan sebilangan singki dan sabun untuk kegunaan pengunjung bagi mencuci tangan,” jelasnya.

Pada masa sama katanya walaupun zon taman tema air ditutup namun beliau yakin zon yang menempatkan 365 haiwan yang terdiri daripada 123 spesies itu akan menerima sambutan yang menggalakkan.

“Selain daripada tarikan-tarikan haiwan di zon yang berkeluasan 10 ekar ini, kesemua persembahan mini atau ‘pocket show’ masih diteruskan seperti biasa, kecuali pertunjukan api,” katanya.

Pada Khamis dilaporkan taman tema itu hanya mengehadkan pengunjung zoo kepada 8,000 orang pada satu-satu masa selain ianya dibuka setiap hari bermula 11 pagi hingga 6 petang kecuali Selasa.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");