Perak Hari Ini

Lost World Tawar Harga Menarik Selepas Dibuka Semula Pada 13 Jun

IPOH- Taman tema Lost World Of Tambun (LWOT) di sini akan dibuka semula kepada para pengunjung bermula pada 13 Jun 2020 setelah ditutup hampir tiga bulan ekoran daripada perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengurus Besar Sunway Lost World Of Tambun, Nurul Nuzairi Mohd Azahari berkata, Hotel Sunway Lost World serta taman tema turut dibuka buat pengunjung dalam tempoh yang sama.

“Berdasarkan garis panduan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN), LWOT cuma akan dibuka pada bahagian Zoo sahaja namun, bagi beberapa bahagian lain pembukaanya akan dimaklumkan dari semasa ke semasa mengikut pengumuman dari kerajaan persekutuan.

“Seperti sedia maklum, LWOT memiliki banyak bahagian iaitu Zoo, Watarpark, Drypark, Hotspring namun yang dibuka hanyalah bahagian Zoo termasuk bahagian kawasan makan dan minum,” katanya kepada media di Hotel Sunway Lost World, hari ini.

Menariknya kawasan Zoo LWOT terdiri daripada lapan taman bertema hidupan liar iaitu terdiri daripada Petting Zoo, Giraffe & Friends, Tiger Valley, Hippo Kingdom, Catopia, Tarantula Alley, Wetlands & Bird Paradise.

Katanya, Lost World Petting Zoo akan beroperasi bermula dari pukul 11 ??pagi hingga 6 petang setiap hari kecuali hari Selasa dan yang lebih menarik harga promosi istimewa bermula dari RM32 untuk setiap pemegang MyKad.

“Dari segi harga, kita telah maklumkan di media sosial dengan harga istimewa,” katanya.

Menurut beliau, jumlah pengunjung juga akan dihadkan kepada 25 peratus pengunjung sahaja dari jumlah keseluruhan dengan nilai 8,000 pengunjung bagi keseluruhan kawasan.

Sementara itu tambah beliau, Lost World Hotel dan staycation (Lost World Glamping & Malayana Floating Villa) akan terus dibuka dan memberi anda keupayaan untuk membuat urusan perjalanan yang diperlukan.

“Kami akan memantau situasi yang sedang berlangsung dan mengikuti nasihat dan panduan pegawai dan agensi kesihatan persekutuan dan negeri,” katanya.

Terdahulu, LWOT dalam satu kenyatan berkata, pihaknya akan membantu pengunjung-pengunjung memanjangkan tempoh tamat tiket ke taman tema yang telah dibeli termasuk di Lost World Glamping, Malayana Floating Villa dan Lost World Hotel yang dibuat melalui saluran pembelian asal.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman web LWOT di www.sunwaylostworldoftambun.com

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");