Membawang Hari Ini

Man Raja Lawak Berjaya Turun 30 Kg Dalam Masa 3 Bulan

Penampilan terbaru pelawak Man Raja Lawak menjadi perhatian ramai apabila kelihatan semakin ‘slim’ dan berat badannya semakin susut. Bentuk fizikalnya sememangnya jauh berbeza dengan sebelum ini.

Berjaya menurunkan berat badan dari 98 kilogram kepada 68 kilogram, Man berpuas hati dengan berat badannya kini. Tidak lokek berkongsikan rahsia, Man berkata dia mengamalkan minuman kesihatan sejak tiga bulan lalu serta mengamalkan pemakanan sihat.

“Tak sangka pula minuman kesihatan itu berkesan dan sesuai dengan badan saya. Hanya cuba-cuba minum sahaja untuk mendapatkan hasilnya.

“Selama tiga bulan minum, kini nampak hasilnya. Alhamdulillah, saya sudah kurus berbanding bertubuh gempal sebelum ini sejak bertahun-tahun lama.

“Bukan tak pernah cuba produk kurus lain sebelum ini, tapi tidak serasi dan sesuai dengan saya agaknya kerana tidak membawa kesan perubahan berat badan,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, Man turut berkongsikan berita gembira ukuran pinggangnya juga berubah dari 40 inci sebelum ini kepada 32 inci. Malah, dia kini boleh memakai baju bersaiz M.

“Ukur lilit pinggang saya sudah kurang lapan inci. Saya juga sudah boleh pakai baju bersaiz M. Sebelum ini saya pakai saiz XXL.

“Selain itu, saya juga sudah lama tak ambil langsung minuman manis dan bergula. Kini, teh tarik pun saya dah nampak macam air longkang. Tak ada keinginan nak minum seperti dulu,” katanya.

Kongsi Man lagi, dia juga kini mengurangkan pengambilan nasi tetapi masih bertenaga ketika bekerja kerana masih mengamalkan pengambilan makanan berkhasiat yang lain.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");