Berita Hari Ini

Masyarakat dah bebas tapi tetap perlu amal kawalan kendiri

Perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) yang memasuki hari ke-12 hari ini menyaksikan lebih banyak ‘kebebasan’ dinikmati.

Namun disiplin pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan kawalan kendiri dalam kalangan masyarakat tetap perlu terus dipertingkatkan.

Walaupun masyarakat sudah boleh ke sana dan ke sini namun mereka perlu beringat penguatkuasaan SOP masih dijalankan dan orang ramai tidak sewenang-wenangnya melupakan hal itu.

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob semalam memaklumkan seramai 40 individu direman dan lapan lagi dikenakan kompaun. Daripada jumlah itu 38 individu ditahan susulan kesalahan menjalankan aktiviti yang menyukarkan jarakan sosial.

Undang-undang yang ditetapkan bertujuan membendung pandemik Covid-19 sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan diperkenalkan sejak 18 Mac lepas.

Perkembangan terkini Covid-19 menyaksikan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan satu lagi kluster baru dikesan iaitu di Labu Lanjut, Sepang, yang merekodkan lima kes dan punca jangkitan masih dalam siasatan.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata penularan Covid-19 dalam kluster itu disyaki mempunyai kaitan dengan aktiviti kunjung-mengunjung.

Semalam, kes baru Covid-19 di negara ini merekodkan 21 kes.

KKM mengingatkan jangkitan Covid-19 masih wujud dalam komuniti, justeru masyarakat diingatkan mengambil langkah pencegahan terutamanya ketika melakukan aktiviti kunjung-mengunjung bagi melindungi kanak-kanak dan warga emas.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");