Berita Hari Ini

MB Johor Saran Sempadan Malaysia-Singapura Dibuka

JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor menyarankan supaya kerajaan Persekutuan membuka kembali sempadan Malaysia-Singapura.

BH Online melaporkan Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad, yang membuat saranan itu menerusi Facebook, berkata kerajaan negeri mengambil tanggungjawab moral dengan membuat saranan berkenaan.

“Namun begitu, ia akhirnya terserah kepada kedua-dua Kerajaan Persekutuan, bersama pemerintah Singapura untuk menjayakannya.

“Terima kasih kepada Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, kerana menerima kunjungan saya di Wisma Putra petang semalam.

“Perbincangan yang turut disertai Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara, Mohd Rabin Basir berkisar kepada pembukaan semula sempadan Malaysia – Singapura bagi memudahkan pergerakan pekerja Malaysia di Singapura,” katanya dalam muat naik berkenaan.

Minggu lalu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata, kerajaan bersetuju membenarkan rakyat Malaysia berulang-alik ke Singapura bagi urusan pekerjaan, selepas mengambil maklum pembukaan semula ekonomi di republik berkenaan dengan perinciannya akan diumumkan apabila perbincangan dilakukan dengan kerajaan Singapura.

Mengikut statistik, kira-kira 400,000 rakyat Malaysia kini mencari nafkah di Singapura dengan hampir 250,000 daripadanya berulang-alik antara Johor Bahru ke negara itu setiap hari menaiki motosikal, dengan majoritinya keluar-masuk ke republik berkenaan menerusi Tambak Johor selain laluan kedua di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), di Tanjung Kupang, Gelang Patah.

Mengulas lanjut, Hasni berkata, pada saat ini, Wisma Putra akan terus berunding dengan pemerintah Singapura untuk memuktamadkan satu jalan penyelesaian yang terbaik bagi membuka sempadan kedua negara.

“Terima kasih juga kepada Menteri Luar kerana menyokong ikhtiar Johor Investment Company (JICO) di Singapura,” katanya

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");