Membawang Hari Ini

Nourul Depp Terkejut Kena Tengking Petugas Keselamatan Di Lapangan Terbang… “Saya Faham SOP Tapi Jangan Kurang Ajar”

Penyanyi Nourul Depp kesal dan terkejut dengan tindakan salah seorang petugas keselamatan di sebuah lapangan terbang di ibukota yang meninggikan suara terhadapnya.

Akur dengan kepatuhan Standard Operasi Prosedur (SOP), Nourul bagaimanapun terkilan dengan cara petugas berkenaan yang disifatkannya kurang ajar.

“Polis tak bagi masuk, katanya seorang saja yang lepas.

“Saya kasihankan ibu dan bapa mentua yang tak boleh berbahasa Melayu atau Inggeris.

“Saya faham undang-undang tidak membenarkan ramai-ramai masuk tetapi jangan kurang ajar sangat. Cara dia cakap sampai meninggi suara seperti saya tak patuh undang-undang!” katanya menerusi sepotong video di Instagram baru-baru ini.



Pelantun lagu Kerana Terluka itu akur dengan tindakan tegas petugas keselamatan terbabit memandangkan situasi semasa yang menyebabkan ramai tertekan.

“Tak kisah tegas tetapi jaga budi bahasa. Saya bukan nak cari salah orang dan kami pun tak pasti dengan undang-undang baharu di lapangan terbang.

“Terkesima saya, dah lah tengah sedih dan kasihan kat ibu dan bapa mentua saya. Selalunya saya akan cakap elok-elok tapi disebabkan terkejut saya jadi terdiam terus.”Kami tak marah undang-undang tapi cara dia beritahu itu kurang manis. Kalau menyampaikan undang-undang buat kita marah itulah yang jadikan kita geram sebenarnya,” tambahnya kepada Gempak.

Situasi itu sedikit sebanyak mencalarkan pandangan individu dari luar yang selama ini melihat penduduk Malaysia kaya dengan budi bahasa.

“Eric menasihatinya untuk bercakap elok-elok tetapi sedikit sebanyak kecewa atas apa yang terjadi,” kata Nourul.

Nourul meminta agar semua pihak bertenang dan sentiasa menjaga tatatertib walau di mana saja berada.


Kedua-dua ibu dan bapa mentuanya berada di Malaysia sebelum negara memutuskan untuk menutup sempadan negara ekoran pandemik COVID-19.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");