Perak Hari Ini

Pakej Pelancongan ‘Kawasan Triangle Bandaraya Ipoh’ Akan Diperkenalkan

IPOH: Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sedang berusaha menaiktaraf sektor pelancongan di sekitar bandar raya ini dengan akan memperkenalkan pakej pelancongan ‘Kawasan Triangle Bandaraya Ipoh’.

Menurut Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin, kawasan triangle atau tiga segi itu melibatkan Taman Rekreasi Gunung Lang, Padang Ipoh dan sekitar serta Taman D.R Seenivasagam.

Katanya taman buluh dan aktiviti sukan lasak seperti ‘flying fox’, panjat tembok, merentas hutan, memanah dan sebagainya akan diwujudkan di Gunung Lang.

Tambahnya aktiviti lain turut akan diwujudkan sama di situ antaranya zoo haiwan jinak serta aktiviti penerokaan Gunung Mat Soorat dan gua di sekitarnya.

“Di Taman D.R Seenivasagam, akan dibangunkan pentas atas air serta replika serangga yang berwarna-warni yang akan bercahaya pada waktu malam.

“Selain itu, di Kinta River Walk akan diterangi dengan pencahayaan lampu pada waktu malam. Projek ini akan dilaksanakan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dengan kos RM3 juta,” katanya.

Sementara itu, Rumaizi berkata NCIA juga akan membangunkan projek light and sound atau lampu dan bunyi di Padang Ipoh dengan kos RM3 juta.

Katanya projek akan turut melibatkan ‘water features’ yang akan menjadi tarikan kepada pengunjung.

Selain itu ujarnya lagi NCIA turut akan membaik pulih Bangunan Pejabat Pos Lama di belakang Dewan Bandaran untuk dijadikan Galeri Seni dengan kos RM10 juta.

Tambah lagi MBI juga sedang menyediakan laluan untuk 27 bangunan bersejarah di sekitar bandar raya ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Mesyuarat Penuh Majlis MBI Jun 2020 di Dewan Mesyuarat MBI, di sini, hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");