Panasnya Hari Ini

PAS Kemuka Usul Undi Percaya Terhadap PM Di Parlimen Julai Ini

KUALA LUMPUR – PAS telah mengemukakan Usul Undi Percaya terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, untuk dibentang serta dibahaskan dalam persidangan Parlimen yang akan bermula pada 13 Julai ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata usul tersebut dibuat bagi menzahirkan sokongan dan kepercayaan terhadap kepimpinan Muhyiddin yang telah menunjukkan kepimpinan yang prihatin serta mengutamakan rakyat sejak menerajui pentadbiran negara pada Mac lalu.

“PAS yakin kepimpinan Perdana Menteri akan terus mendapat sokongan malah sanjungan daripada rakyat jelata pelbagai kaum dengan perkhidmatan terbaik atas sokongan dan komitmen seluruh jentera kerajaan, sama ada peringkat persekutuan mahupun sebahagian besar kerajaan negeri,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi, lapor Bernama.

Takiyuddin berkata segala pakej rangsangan ekonomi yang digerakkan oleh kerajaan pula telah disambut baik oleh semua sektor yang bergerak serentak ke arah pemulihan ekonomi negara.

Beliau berkata PAS amat yakin usul ini akan mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen apabila dibentangkan nanti dan dengan sokongan yang bakal diberikan sudah pasti akan terus mewujudkan kestabilan negara dan kemakmuran bersama semua rakyat,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");