Perak Hari Ini

Pembukaan Premium Outlet Perak Hujung Tahun Ini Tidak Akan Ganggu Habitat ‘Taman Burung’

IPOH- Pembukaan Silverlakes Brand Village Outlet yang dikatakan berdekatan dengan kawasan Taman Alam Kinta menjadi kerisauan sesetengah pihak kerana dikatakan bakal mengganggu habitat lebih daripada 150 jenis burung air.

Walaubagaimanpun, Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pelancongan, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi menafikan bahawa pusat membeli belah tersebut bakal mengganggu habitat berkenaan kerana kawasan tersebut jauh dari ‘taman burung’ berkenaan.

Katanya, kawasan pusat membeli belah berkenaan tidak begitu dekat dimana terdapat zon penampan di antara dua kawasan.

“Ianya tidak la begitu dekat sebab memang kita pastikan ada zon penampan. InshaAllah ianya tidak akan mengganggu dari segi persekitaran Taman Alam Kinta,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Tambah beliau, memang kawasan tersebut berada bersebelahan tetapi secara teknikalnya ia jauh.

“Saya tidak mempuntai angka sebenar jarak antara dua kawasan, namun ianya bukan lah bersebelahan,” jelas beliau.

Silverlakes Brand Village Outlet bakal menjadi satu pusat kompleks beli-belah premium yang pertama dibina merentasi sebuah tasik selain menerapkan konsep alam semulajadi dalam pembangunannya di Batu Gajah.

Dalam pada itu Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, kerajaan negeri adalah pencinta alam sekitar, tidak mungkin mereka akan merosakkan habitat berkenaan.

Bagaimanapun menurut beliau, jangkaan pembukaan pusat membeli belah tersebut adalah pada penghujung tahun ini.

Beliau berkata demikian kepada media selepas maslis gotong-royong bersepadu antara agensi di Premis Perkuburan Tanah perkuburan Islam dan Tanah perkuburan cina Rapat Jaya, hari ini.


Hadir sama, Exco Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Ahmad Saidi Mohamad Daud.

Sementara itu Ahmad Faizal turut mengulas mengenai ketidakpekaan masyarakat dalam penjagaan kawasan perkuburan sehingga boleh menyebabkan jangkitan aedes meningkat di negeri ini.

Katanya, kawasan-kawasan pembinaan dan juga perkuburan tidak dijaga dan diselenggara dengan baik hingga menyebabkan kes-kes jangkitan aedes yang meningkat dengan begitu mendadak.

“Hari ini kita mengambil inisiatif untuk mencuci tanah perkuburan ini sambil menyedarkan masyarakat tentang peri pentingnya kita menjaga kebersihan agar nyamuk-nyamuk aedes ini, tempat2 mereka bertelur dapat kita bersihkan sepenuhnya.

“Kita mendapati dalam waktu singkat ini kita dapati banyak botol-botol minuman yang telah ditinggalkan, tidak dibuang di tempat yang sepatutnya dan kita dapati terdapat banyak jentik-jentik di dalam botol tersebut.

“Saya harap orang ramai sedar, apabila kita menziarahi kawasan-kawasan perkuburan ini jangan kita tinggalkan benda-benda yang boleh ditakungi air sehingga menyebabkan nyamuk boleh bertelur,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");