Berita Hari Ini

Pemeriksaan suhu hanya sekali sahaja

Mesyuarat Khas Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memutuskan pemeriksaan suhu badan pengunjung hanya dibuat sekali sahaja di pintu masuk utama kompleks beli-belah.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata walaupun premis perniagaan dalam kompleks terbabit tidak lagi perlu membuat pemeriksaan suhu badan, pengunjung perlu meninggalkan nama dan nombor telefon bagi tujuan pengesanan kontak jika terdapat kes positif COVID-19.

“Keputusan ini bagi memudahkan orang ramai dan pemilik premis supaya tidak mengambil suhu badan pengunjung berkali-kali. Cukup sekadar diambil ketika di pintu masuk utama kompleks beli- belah.

“Bagaimanapun, pemilik premis masih perlu merekod kehadiran pengunjung seperti nama dan nombor telefon melalui aplikasi MySejahtera atau secara manual,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sini, hari ini.

Semalam, BH melaporkan langkah pengambilan suhu badan di pusat membeli-belah tidak seragam, dengan ada yang hanya mengambilnya di pintu masuk pusat beli-belah dan ada juga di setiap premis perniagaan.

Pakar epidemiologi, Prof Datuk Dr Awang Bulgiba Awang Mahmud turut memberi pandangan dan, berkata saringan suhu badan bagi mengekang penularan COVID-19 hanya perlu dilakukan di pintu utama pusat beli-belah dan tidak perlu dilakukan di semua premis perniagaan di situ.

Katanya, langkah itu sudah memadai, dengan syarat semua pengunjung menjalani saringan, selain penggunaan alat pengesan suhu badan yang mematuhi piawaian dan menunjukkan suhu badan pengunjung sihat, iaitu antara 36.5 dan 37.4 darjah Celsius.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");