Perak Hari Ini

Penganggur Ditahan Bersama Dadah Dan Wang Tunai Bernilai RM23,500

BAGAN SERAI- Seorang penganggur di tahan oleh pihak polis bersama 1,200 biji pil kuda dan 59 gram dadah jenis syabu di Hentian Rehat Semanggol Arah Selatan pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, pihak polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Taiping dan dari IPK Perak telah membuat pemantauan di lokasi berkenaan rentetan daripada satu kes pecah kedai di pasaraya Taiping Mall.

Menurut beliau, suspek berusia 30-an tersebut ditemui menaiki kereta jenis BMW Model 3251 Sports E90 berwarna hitam dan dipercayai menetap di Kuala Lumpur dan berasal daripada Pantai Timur.

“Pegawai bersama angota serbuan telah pergi kepada suspek sambil memperkenalkan diri sebagai polis dan tiba-tiba suspek telah membuang satu beg plastik berwarna merah yang dipegang olehnya dikawasan rumput berdekatan dengan tempat berdiri tersebut.

“Setelah saspek berjaya ditahan, hasil pemeriksaan tubuh badan menjumpai sejumlah wang tunai, seutas jam tangan berjenama dan telefon bimbit yang digunakan oleh saspek dari dalam beg silang yang disandang dengan keseluruhan nilai sebanyak RM12,000,” katanya dalam satu sidang media di IPD Kerian, hari ini.

Ujar beliau, tindakan pihak polis membawa saspek ke arah beg plastik berwarna merah yang dibuang telah menemukan dua jenis dadah dengan jumlah keseluruhan bernilai RM11,500.

“Hasil pemeriksaan lanjut didalam beg plastik tersebut pihak polis telah menjumpai enam peket plastik berwarna biru dan dua peket plastik lutsinar disyaki pil kuda dengan anggaran berat lebih kurang 120 gram dimana setiap satu peket mengandungi 200 biji disyaki pil kuda serta dua peket plastik lut sinar berisi bahan disyaki dadah syabu dengan berat 59 gram.

“Pihak polis percaya dadah yang dirampas tersebut dijual dengan harga RM70 setiap segram bagi syabu dan RM6 sebiji bagi pil kuda di mana anggaran keseluruhan nilai pasaran dadah yang dirampas adalah lebih kurang RM11,500.

“Sebelum tangkapan dilakukan terhadap suspek, pihak polis telah pun membuat pemerhatian keatas saspek lebih kurang lima hingga ke 10 minit,” katanya.

Omar Bakhtiar berkata, suspek bersama barang rampasan dibawa ke balai untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mengedar dadah.

“Kawasan pasaran dadah yang dirampas ini dipercayai untuk diedarkan di kawasan Kuala Lumpur dan suspek telah mendapat bekalan dadah ini daripada negeri Pantai Timur.

“Hasil semakan, suspek tiada rekod jenayah lampau.”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");