Berita Hari Ini

Pengguna Kini Faham, Puas Hati Penjelasan TNB

KUALA LUMPUR – Orang ramai kini mula mengakui berpuas hati dengan penerangan yang diberikan Tenaga Nasional Berhad berhubung cara pengiraan bil elektrik ketika tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menjadi rungutan segelintir pengguna ketika ini.

Rata-rata mereka mendapati TNB memiliki cara pengiraan bil tersebut sendiri selama tiga bulan lalu yang sebelum ini isu bil elektrik tinggi menjadi tular di media sosial.

Malah mereka juga memuji cara penyampaian yang mudah dan senang difahami oleh kakitangan kaunter selepas dapat menyemak kembali jumlah bil elektrik dengan pihak TNB.

Senario itu dapat dilihat selepas tinjauan MalaysiaGazette di Kedai Tenaga Wisma TNB di Kepong semalam.

Bagi seorang pesara, Ramli Nordin, 63, dia datang untuk mendapatkan penjelasan lebih mendalam mengapa bil elektrik pada bulan Jun lalu melebihi bulan-bulan yang lalu.

Jelas bekas kakitangan swasta, ini kerana dia berpendapat jumlah yang dikenakan agak tinggi melebihi anggaran jumlah bil sebelum ini.

“Bila saya datang sini, saya baru rasa puas hati kerana kakitangan TNB telah terang dengan jelas dan saya faham.

“Malah saya juga diberi cara penyelesaian dan telah membayar bil bulan Jun serta kakitangan juga memberi tahu TNB akan beri peratusan diskaun yang lebih pada bil bulan depan iaitu tambahan lapan  peratus,” katanya yang datang dari Selayang.- MalaysiaGazzete

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");