Berita Hari Ini

Pengguna Tertekan Harga Ayam Naik Mendadak

KUALA TERENGGANU – Kenaikan mendadak harga ayam sehingga ada antaranya melebihi RM10.50 sekilogram memberi tekanan kepada pengguna.

Sinar Harian melaporkan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid berkata, pihaknya prihatin dengan keadaan itu dan meminta supaya pengguna turut peka dengan situasi terbabit.

Menurutnya, pengguna diminta melaporkan jika mengesan kenaikan harga ayam melebihi RM9.50 sekilogram bagi memudahkan pemantauan dan tindakan diambil.

“Isu harga ayam naik dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) selepas 3 Jun telah kita jangka berlaku memandangkan sebelum ini kita kawal harga ayam pada paras maksimum RM7.50 sekilogram.

“Pihak kementerian cakna dengan situasi ini. Jika berlaku kenaikan mendadak, kita akan buat kawalan balik kerana harga ayam di pasaran terutama di pasar raya juga dilihat tidak menentu, ada RM7.90, ada hari RM7.50.

“Jika melebihi harga RM9.50 kita lihat ia tidak wajar. Jika rasa ada harga melambung, perlu segera lapor kerana margin keuntungan tidak boleh melebihi 10 peratus,” katanya.

Dalam perkembangan sama, katanya, orang ramai disarankan menggunakan aplikasi mudah alih ‘price catcher’ bagi membuat perbandingan harga dengan lebih mudah.

“Kita sarankan supaya masyarakat cari tempat yang jual dengan harga murah seperti di pasar raya dan sebagainya kerana ia diperoleh dalam kuantiti banyak dan harga lebih murah. Mereka juga boleh guna aplikasi ‘price catcher’.

“Selain itu, kedai-kedai yang menjual ayam di kampung juga perlu letak tanda harga pada barangan yang dijual untuk elak kekeliruan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");