Perak Hari Ini

Pengusaha Perkahwinan Gesa Kerajaan Tetapkan Satu Tarikh Bagi Teruskan Perniagaan

IPOH- Persatuan Pengusaha Butik Pengantin Perak menggesa kerajaan supaya membenarkan mereka bagi menjalankan perniagaan seperti sedia kala mengikut sistem operasi standart (SOP) yang ditetapkan.

Pengerusi Persatuan, Rizal Razali berkata pihaknya mengalami kerugian amat teruk kerana mereka tiada mempunyai sebarang pendapatan sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bukan itu sahaja katanya, bermula PKP sehingga kini, pihaknya juga terpaksa menanggung bebanan lain iaitu membayar sewa premis, kemudahan lain serta gaji pekerja.

“Kami berharap kerajaan boleh memberikan kami satu tarikh yang sesuai supaya kami boleh menjalankan perniagaan seperti sedia kala malahan mengikut SOP yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.

“Seandaiannya kerajaan dapat memberikan kami tarikh yang tetap seperti tiga ke empat bulan hadapan, pihak pelanggan sebenarnya telah yakin untuk membuat sebarang tempahan pakej perkahwinan,” katanya dalam satu sidang media bersama wakil sistem siar raya, jurugambar, pengusaha kanopi dan katerer.

Ujar beliau, selagai tiada tarikh yang diumumkan kerajaan, selagi itulah pihaknya tiada sebarang pendapatan rentetanan daripada penularan wabak koronavirus (Covid-19).

“Kami harap permohonan kami tidak dipandang sepi kerana ianya turut memberi implikasi kepada kesemua mereka yang berada di dalam industri ini.

“Kami tak mendesak kerajaan untuk membenarkan kami mengadakan majlis tetapi kami mahu satu tarikh yang tetap supaya pihak kami dan pelanggan juga tidak bertunggu-tunggu,” katanya.

Tambah beliau, sejak PKP bermula, ramai pelanggan yang membatalkan majlis mereka akibat tidak dapat memastikan tarikh yang boleh dilansungkan majlis perkahwinan.

“Pembatalan ini juga salah satu bebanan kepada kami walaupun pihak kerajaan mencadangkan supaya menangguhkan majlis, tetapi ada juga dalam kalangan pelanggan yang ingin membatalkan majlis tersebut walaupun mereka telah menempah kepada pihak butik.

“Kami juga berharap supaya pelanggan tidak membatalkan majlis mereka dan jika boleh tangguhkan majlis berkenaan pada tarikh yang diberi kebenaran oleh kerajaan.

“Setakat ini sebanyak 80 peratus pelanggan telah membatalkan pakej perkahwinan kerana masing-masing tidak mempunyai sebarang tarikh,” katanya.

Menurut beliau, butik-butik berkenaan mengalami kerugian kira-kira RM6,000 hingga RM12,000 bagi tempoh sebulan malahan ada yang melebihi nilai berkenaan.

“Pekerja yang berada di bawah turut berhadapan dengan risiko dibuang kerja ekoran tiada sebarang pengaliran wang masuk,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");