Perak Hari Ini

Peniaga Kecil Sambut Baik Cadangan Kepada PBT Untuk Mempermudahkan Urusan

IPOH: Para peniaga dan penjaja kecil menyambut baik saranan Kerajaan Perak yang meminta semua pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mengeluarkan lesen perniagaan secara harian.

Bagi Jafrizul Jamil, 38, ianya dapat meringankan beban golongan peniaga kecil selain dapat menguarkan kos perniagaan dalam menghadapi sepanjang tempoh yang mencabar ketika ini.

“Kos bagi suntikan tifoid dianggarkan sekitar RM70 ke RM80. Bagi yang mengambil suntikan tifoid di klinik swasta kos boleh melebihi RM100.

“Jadi jika disyorkan agar diperkenalkan lesen perniagaan secara harian ini, ianya sangat bagus buat peniaga kecil-kecilan seperti saya,” katanya ketika ditemui PerakToday, di sini, hari ini.

Sementara itu, Tarmizi Ahmad Ramli, 24, turut senada selain menyambut baik cadangan Perdana Menteri yang meminta agar PBT dapat mempermudahkan urusan peniaga dan penjaja kecil, termasuk mempercepat pengeluaran lesen perniagaan.

“Cadangan tersebut amat baik yang mana ianya akan memudahkan urusan peniaga kecil dalam meneruskan kelangsungan hidup,” ujarnya

Selain itu katanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini dan penularan wabak COVID-19 yang melanda negara nyata memberi kesan kepada peniaga-peniaga kecil.

“Semasa PKP kedudukan kewangan saya agak terjejas kerana tidak dapat berniaga di tepi jalan.

“Walau bagaimanapun bantuan yang diberikan kerajaan dapat meringankan sedikit beban saya. Kini saya bersyukur apabila kerajaan membenarkan kami berniaga seperti biasa kembali,” ujarnya.

Tambahnya lagi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan kepada peniaga tidak membebankannya sebaliknya ia dilihat secara positif dalam usaha berterusan bagi memutuskan rantaian COVID-19.

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi mengesyorkan agar semua PBT di Perak dapat mengeluarkan lesen perniagaan secara harian sebagaimana dilaksanakan Majlis Perbandaran Manjung sejak 21 Mei lalu.

Inisiatif itu selari dengan saranan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Johor yang meminta agar kerajaan negeri dan PBT dapat mengambil langkah proaktif bagi memudahkan urusan perniagaan di kawasan masing-masing.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");