Berita Hari Ini

Penilaian Tarif Elektrik Diumum Kemudian

PUTRAJAYA: Kerajaan memberi jaminan kepentingan rakyat akan sentiasa menjadi teras keutamaan dalam menilai semula kadar semasa tarif elektrik.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah, berkata penilaian kadar tarif elektrik mempunyai tempoh kajian tertentu, justeru ia akan dimuktamadkan mengikut sela tahun berkaitan.

“Insya-Allah untuk tarif, kita akan buat pengumuman selepas ini.

“Saya bagi jaminan, dalam kajian tarif yang kita buat, kepentingan rakyat akan diberikan keutamaan,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini, lapor BH Online.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai rungutan pelbagai pihak mengenai kewajaran kerajaan melakukan penilaian terhadap kadar tarif elektrik semasa, memandangkan caj kepada pengguna disifatkan sebagai mahal, khususnya kepada golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) dan M40.

Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Tenaga (ST), Abdul Razib Dawood, berkata penilaian kadar semasa tarif elektrik dibuat menerusi mekanisme Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR) yang akan dimulakan semula, tahun depan.

Katanya, pusingan kawal selia (RP) ketiga IBR akan berkuat kuasa untuk tempoh dari 2021 hingga 2023.

“Jadi, setiap pusingan IBR itu, tentulah ada unsur-unsur kajian berhubung struktur tarif dan sebagainya.

“Kerajaan sentiasa mengkaji, kita ambil maklum apa yang diutarakan hari ini untuk kajian akan datang,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");