Berita Hari Ini

Penjaja Warga Asing Masih Degil

KUALA LUMPUR – Degil! Itu gambaran sesuai ditujukan terhadap warga asing yang masih menjalankan aktiviti perniagaan di kawasan luar Pasar Borong Kuala Lumpur (PBKL).

Unit Media Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi satu kenyataan memaklumkan, pihak berkuasa tempatan (PBT) itu mengambil tindakan drastik menggempur lokasi terbabit pagi tadi melibatkan aktiviti dilakukan penjaja warga asing.

Menurut kenyataan itu, DBKL turut menyita barangan perniagaan milik individu terlibat serta-merta memetik Sinar Harian.

“Pemantauan dan tindakan penguatkuasaan oleh DBKL akan diteruskan khususnya di sekitar PBKL bagi memastikan aktiviti oleh bukan warganegara ini tidak ‘membiak’ semula,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nur Hisham Ahamad Dahlan berkata, DBKL akan bertindak tegas dengan menguatkuasakan Undang-undang Kecil (UUK) sedia ada bagi memastikan tiada warga asing terlibat dalam industri perniagaan khususnya sektor penjajaan.

Menurutnya, dalam perancangan aktiviti perdagangan dan perniagaan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, DBKL menghadapi kebanjiran peniaga warga asing khususnya di sektor tred, perniagaan dan industri serta penjajaan.

Jelansya, kebanjiran peniaga warga asing itu secara langsung memberikan impak tidak baik kepada peniaga tempatan serta mencemarkan imej bandar raya Kuala Lumpur.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");