Perak Hari Ini

Perak Benarkan Ibadah Korban Dianjur Oleh Masjid Dan Surau Sahaja

IPOH- Menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha, pihak Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) telah menggariskan panduan supaya pelaksanaan ibadah korban hanya boleh dilaksanakan di masjid dan surau sahaja.

Ketua Pegawai Eksekutifnya , Shahrul Azam Shaari berkata, ibadah korban hanya dibenar untuk dilaksanakan dianjurkan oleh jawatankuasa masjid dan surau sahaja.

Menurut beliau, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah menimbangkankan perkara tersebut setelah mendapat nasihat daripada Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak, dan setelah merujuk garis panduan Majlis Keselamatan Negara serta Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Hanya ibadah korban yang dianjurkan oleh jawatankuasa masjid dan surau dibenar untuk dilaksanakan dan lokasi pelaksanaan ibadah korban hanya boleh dilaksanakan terhad di kawasan halaman masjid dan surau.

“Kehadiran semasa melaksanakan aktiviti ibadah korban, pada masa ini hanya dibenarkan kepada warganegara Malaysia dan Identiti para peserta dan petugas yang melaksanakan ibadah korban hendaklah disemak dan direkodkan sebelum dibenarkan masuk ke ruang penyembelihan dan pengagihan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagi individu atau kumpulan yang ingin melaksanakan ibadah korban, mereka juga perlu merujuk kepada jawatankuasa masjid atau surau.

Bagaimanapun katanya, kebenaran ibadah tersebut juga diberikan terhad dengan berasaskan permohonan dan kelulusan Pihak Berkuasa Agama Negeri dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar serta tertakluk kepada pematuhan garis panduan.

Sementara itu kata Shahrul Azam, solat hari raya juga boleh dilaksanakan dengan mengambil kira kapasiti keluasan masjid.

“Bilangan jemaah yang dibenarkan mendirikan solat sunat Hari Raya Aidiladha di masjid dan surau tersebut ialah berasaskan had kapasiti keluasan sebenar ruang utama dewan solat dengan mengambil kira Prosedur Operasi Standard (SOP) yang menetapkan jarak satu meter di antara ahli jemaah.

“Pelaksanaan solat sunat Hari Raya Aidiladha juga dibuka kepada muslimah di ruang khas yang disediakan namun kehadiran muslimah hendaklah bersama mahram,” katanya.

Tambah beliau, Jabatan Agama Islam Perak akan mengeluarkan satu garis panduan pelaksanaan solat sunat Aidiladha dan aktiviti ibadah korban kepada semua Pengerusi Jawatankuasa Kariah masjid dan surau di negeri Perak dan selanjutnya menyelia dan memastikan garis panduan tersebut dipatuhi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");