Perak Hari Ini

Perak Berusaha Permudahkan Perniagaan Di Semua PBT

IPOH: Kesemua pihak berkuasa tempatan (PBT) di Perak telah dan sedang berusaha bagi mempermudahkan urusan perniagaan di kawasan masing-masing.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohd Radzi berkata misalnya Majlis Perbandaran Manjung (MPM) telah memulakan inisiatif dengan mengeluarkan permit penjaja harian yang permohonannya boleh dibuat secara atas talian.

“Kebiasaanya lesen secara tahunan namun kali ini apabila dibenarkan berniaga kembali, kita membenarkan adanya lesen perniagaan harian yang sudah bermula di Manjung.

“Kita sudah melihat perkara ini dan mengesyorkan agar PBT lain untuk berbuat perkara sama namun mengikut kemampuan masing-masing.

“Yang membezakan perkhidmatan ini ialah dari segi kesediaan sesuatu PBT itu dari sudut persediaan lesen-lesen perniagaan ini,” katanya.

Semalam Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesyorkan agar , urusan berkaitan pengeluaran lesen perniagaan oleh PBT disegera dan dipermudahkan bagi memberi ruang rakyat untuk berniaga khususnya yang terkesan akibat penularan COVID-19.

Selain itu, Nolee berkata setakat ini premis perniagaan sedemikian di negeri ini beroperasi mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Kita sentiasa memantau SOP di kesemua premis perniagaan seperti itu di seluruh negeri. Setakat ini tiada laporan perniagaan yang diarahkan tutup atau kebenaran berniaga ditarik balik,” jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media pelancaran video START di Pusat Koloni Karyawan Amanjaya (PORT), dekat sini, hari ini.

START atau ‘Silver Trail of Arts Research and Technique’ merupakan sebuah projek siri dokumentasi video terbitan PORT yang mengetengahkan hasil kerja para penggiat seni kreatif dari Perak dalam bentuk wawancara?demonstrasi dan tutorial.

Nolee berkata 10 video bersiri yang setiap satunya dianggarkan berdurasi 5 ke 8 minit itu dibarisi oleh 10 penggiat seni tempatan selain ianya boleh ditonton menerusi platform atas talian.

Selain itu turut diumumkan pelancaran fasiliti terbaru PORT iaitu Black House@ Port yang mana ia merupakan sebuah ruang yang akan menempatkan pameran dan jualan produk seni serta kraf tangan.

 

“Fasiliti yang ada termasuk ‘Portdistro’ yang mana ia akan menempatkan kraf tangan dan produk-produk pengiat seni tempatan,” ujarnya.

Portdistro akan mula beroperasi pada Julai ini dan ianya akan dibuka pada Isnin sehingga Jumaat bermula pada jam 10 pagi sehingga 5 petang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");