Perak Hari Ini

Perak Wujudkan Jawatankuasa Sementara Bagi Lantikan Ketua Kampung

IPOH- Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Perak telah memutuskan untuk mewujudkan Jawatankuasa Sementara Pengurusan Kampung (JSPK) bagi lantikan Ketua Kampung.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, jawatankuasa sementara tersebut akan diwakili oleh tiga parti komponan dalam parti Perikatan Nasional bagi setiap kampung.

Katanya, lantikan adalah melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar, namun di peringkat negeri, lantikan berkenaan boleh diselesaikan dalam tempoh satu bulan hingga ke dua bulan.

“Kita tak boleh tunggu jadi MMK telahpun bersetuju untuk mewujudkan jawatankuasa sementara yang akan diwakili setiap kampung oleh tiga parti komponan dalam Perikatan Nasional (PN).

“Walaupun keputusan telah dibuat, kita masih lagi perlu kemaskinikan nama-nama yang telah diberikan sebab tidak kesemua parti dapat memberikan nama-nama untuk kita masukkan dalam jawatankuasa sementara ini,” katanya.

Katanya, lantikan ini agak sukar kerana melibatkan banyak kampung dan pihaknya juga bergantung kepada akar umbi untuk lakukan lantikan.

Terdahulu, Exco Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Saarani Mohamad memaklumkan Perkhidmatan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) ditamatkan berkuat kuasa pada 30 April 2020 yang lalu.

Menurut Saarani, pelantikan ketua kampung yang baharu adalah bagi menggantikan Pengerusi MPKK sebelum ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");