Berita Hari Ini

Pihak Ubah Suai Jata Negara Akan Dihukum, Kata JPM

PETALING JAYA: Kerajaan akan mengambil tindakan ke atas pihak yang menyalah guna atau mengubah suai jata negara kerana ia adalah kesalahan di bawah Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963, selepas sebuah buku didakwa merendahkan martabat dan menghina lambang rasmi kedaulatan Malaysia.

Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam kenyataan hari ini berkata, Seksyen 3 (1) (a) akta itu menyatakan tiada orang boleh menggunakan sebarang nama, lambang atau tiruan serupa untuk tujuan perdagangan, perniagaan, pekerjaan atau profesion, tanpa kebenaran bertulis menteri.

“Mana-mana pihak yang melanggar larangan penggunaan jata persekutuan boleh didakwa dan dikenakan hukuman di bawah Seksyen 3 (1) Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963,” kata JPM.

Terdahulu, buku bertajuk “Rebirth: Reformasi, Resistance, And Hope In New Malaysia” mempamerkan satu logo mirip jata negara yang didakwa diubah suai dan dijadikan penghias muka depannya.

Logo itu mengandungi seorang kanak-kanak bogel di atas bulan dan bintang, bentuk 2 harimau diubah suai dan seekor buaya di bahagian bawahnya.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin berkata, polis sudah diarah menyiasat dan mengambil tindakan tegas berhubung buku yang didakwa menghina jata negara.

Katanya, Putrajaya tidak akan sesekali berkompromi dengan mana-mana pihak yang melakukan perbuatan tidak patriotik dan bertanggungjawab.

Polis dilaporkan berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tak Wajar) (Pindaan) 2016, Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 233 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 8 (1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Pihak yang terbabit dalam penghasilan buku itu termasuk pengarang, editor dan penerbit akan dipanggil membantu siasatan polis lapor FMT.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");