Perak Hari Ini

PKPP: Industri Pelancongan Sedia Ganding Bahu Bersama Kerajaan

IPOH- Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) mulai 10 Jun sehingga 31 Ogos ini ini telah memberi sinar baru kepada seluruh pemain industri negara setelah hampir tiga bulan tiada khabar gembira buat mereka.

Pengerusi Persatuan Pengusaha Pelancongan Bumiputra Perak (PPPBPk), Zamari Muhyi berkata, pengumuman yang dibuat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin semalam telah membuka jalan pihaknya untuk membantu kerajaan negeri dalam melonjakkan semula industri pelancongan negeri.

“Dengan aktiviti pelancongan domestik dibenarkan bermula 10 Jun ini, ianya telah memberi sinar malahan dinantikan oleh semua pemain industri domestik.

“Sehubungan itu, persatuan akan bersama-sama Kerajaan Negeri dalam mengiatkan aktiviti pelancongan dengan program Travel Perak for Perakian,” katanya ketika dihubungi pemberita.

Bagaimanapun menurut beliau, pihaknya akan sentiasa memastikan sistem operasi standart (SOP) yang telah ditetapkan dipatuhi dengan Norma Baru.

Tambah beliau, kelebihan yang sedia ada akan di manfaatkan sebaiknya dalam memastikan industri pelancongan Perak terus bersinar selepas redanya pendermik yang berlaku.

“Kami juga akan mempromosikan produk-produk pelancongan sedia ada dengan lebih teratur dan terancang sekaligus memastikan produk pelancongan Perak akan lebih dikenali dan dilawati.

“Bukan itu sahaja, kami juga akan melancarkan pakej pelancongan 101 Perak,” katanya.

Ujar beliau lagi, industri pelancongan juga akan melestarikan aktiviti pelancongan dengan program Travel voucher yang bakal dilancarkan oleh Kerajaan Negeri Perak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");