Perak Hari Ini

PN Hanya Teruskan Keputusan Dibuat PH- Ahmad Faizal Perjelas Tuntutan Isu Penswastaan Sisa Pepejal

IPOH- “Kerajaan Perikatan Nasional (PN) meneruskan keputusan yang dibuat Pakatan Harapan (PH) sendiri,” Jelas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu terhadap tuntutan dari Ketua Pembangkang Perak, Prof Dr Abdul Aziz Bari berhubung pemberian konsesi penswastaan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal kepada sebuah syarikat tanpa melalui proses tender terbuka.

Katanya, pihak PH tidak seharusnya membangkitkan isu berkenaan kerana ia keputusan dibuat oleh kerajaan PH sendiri pada ketika itu.

“Pertamanya saya pelik juga kerana pihak PH membangkitkan perkara ini kerana perkara ini adalah hasil daripada keputusan yang dibuat kerajaan PH yang saya sendiri ketuai pada ketika itu.

“Keputusan untuk menswastakan pengurusan sampah sisa pepejal ini pada tahun 2019 lagi dan kita semua tahu pada tahun lalu di negeri ini, kerajaan yang mentadbir negeri adalah kerajaan PH,” katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, tindakan kerajaan negeri memberikan konsesi penswastaan kepada Syarikat Mainiza Teknitek Recowaste Sdn Bhd dari Selangor kerana mereka mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang berkenaan.

“Keputusan MMK adalah untuk sebuah syarikat yang telah berpengalaman luas dalam bidang ini untuk berkerjasama dengan syarikat milik kerajaan negeri iaitu Syarikat MajuPerak Berhad.

“Jadi saya kira perkara ini bukan semata-mata kita bagi kepada syarikat luar tetapi syarikat yang kita mempunyai kepentingan sendiri untuk kita kawal perniagaan itu untuk kita pastikan kerjasama dengan Syarikat Majuperak Holdings Berhad (MHB),” katanya.

Terdahulu, kata Aziz Bari, syarikat berkenaan ditubuhkan pada tahun 2017 dan sedang mengalami kerugian sebanyak RM5,737 dengan jumlah aset saham syarikat hanya bernilai RM500 ribu sahaja di mana keputusan penswastaan yang didakwa dibuat dalam mesyuarat MMK pada 3 Jun lalu dibimbangi akan menyebabkan kenaikan caj perkhidmatan dan meminggirkan peranan 15 kerajaan tempatan di negeri itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");