Perak Hari Ini

Polis Buru Pembantu Rumah Warga Indonesia Bantu Siasatan Kes Bunuh Di Ipoh

IPOH: Polis Perak kini sedang memburu seorang wanita warga Indonesia bagi membantu siasatan kes bunuh melibatkan seorang wanita di sebuah rumah di Pasir Puteh, di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Perak, Senior Assisten Komisioner (SAC), Anuar Othman berkata dalam kejadian hari ini itu wanita yang berumur lingkungan 72 tahun itu disahkan maut selain mengalami kecederaan di bahagian kepala.

“Hasil siasatan awal telah mengenal pasti suspek yang terlibat dalam kejadian tersebut ialah seorang wanita warga Indonesia.

“Suspek bekerja sebagai pembantu rumah dan menetap bersama mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Tambahnya suspek dikenali sebagai ‘Siti Naisyah’ dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Katanya orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat tentang kejadian berkenaan diminta segera menghubungi pihak polis.

Talian yang boleh dihubungi ialah 016-4888025 (Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Ipoh, DSP Mohd Hasni Mohd Nasir) atau 019-5716472 (Pegawai Penyiasat, ASP Jalizulham Abdullah).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");