Perak Hari Ini
Like

PPPNP Gesa Peneroka Haram Tampil Jalani Proses Pemutihan

June 30, 2020
278 Views
0 Comments
3 minutes read
PPPNP Gesa Peneroka Haram Tampil Jalani Proses Pemutihan

IPOH- Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) menggesa agar peneroka yang menceroboh serta mengusahakan tanah milik perbadanan secara haram untuk tampil kehadapan bagi proses pemutihan.

Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, pihak perbadanan akan mencari jalan supaya para penoraka boleh meneruskan usaha bertani dengan cara yang sah.

“Jadi apa yang telah diusahakan oleh perbadanan ialah untuk berjumpa dengan para peneroka dan mencari jalan bagaimana mereka boleh meneruskan usaha mereka sambil memberi sewaan pajakan atau sedikit pulangan kepada pihak perbadanan.

“Saya harap mereka akan tampil ke hadapan dengan segera dan kita sedia maklum ramai yang mengatakan mereka telah mengusahakan tanah ini telah sekian lama, inilah yang kita maksudkan, hasil-hasil yang telah mereka lakukan tidak dapat dicukai oleh kerajaan, tidak membawa hasil kepada perbadanan di mana akhirnya kita mempunyai kekangan untuk memberi perkhidmatan atau kemudahan yang lebih banyak kepada rakyat,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang media semasa Majlis Penyampaian Simbolik Projek Pemacu Agrotani, di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif PPPNP, Yahanis Yahya.

Kata Ahmad Faizal, wang terkumpul hasil daripada pendapatan berkenaan boleh digunakan untuk memperhebatkan lagi pelbagai projek pertanian untuk seluruh rakyat di negeri Perak.

Jelas beliau, pihak perbadanan tidak akan memaksa para penoroka untuk menyerahkan semula tanah tetapi ingin membuat pemutihan dengan cara baik sekaligus memberika situasi menang-menang kepada kedua-dua pihak.

“Ramai daripada mereka adalah dalam kalangan petani secara kecil-kecilan tetapi bergantung hidup kepada hasil bertani, kumpulan ini adalah mereka yang kita akan sentiasa kita cari jalan untuk bantu bukan rampas tanah,” katanya.

Tambah beliau, bayaran sewaan tanah dikenakan sebanyak RM1,500 sehektar setahun bersamaan dengan RM50 sehektar sebulan dan sewaan bagi pengusaha udang sebanyak RM2,000 sehektar setahun.

Menurut Ahmad Faizal, sehingga kini, kawasan seluas 3,494.7 hektar adalah baki kawasan yang telah diterokai yang masih belum berjaya dilakukan proses pemutihan di mana antara kawasan terlibat paling besar adalah di Kampar dan Tapah.

“Pada tahun 2019, seluas 1,165.026 hektar tanah telahpun berjaya diputihkan, bermakna peneroka telahpun boleh mengusahakan tanah-tanah tersebut dengan hati yang senang dan mereka bukan lagi mengusahakan tanah haram di mana ianya telah disahkan dan kita buat pajaka kepada meraka.

“Manakala pada tahun ini, mungkin disebabkan masalah PKP, usaha ini tidak dapat dilakukan dengan hebat, cuma seluas 228.104 hektar tanah berjaya diputihkan,” katanya.

Sementara itu, beliau turut mengumumkan bahawa pihak PPPNP telah mencatatkan lonjakan pendapatan sebanyak 14 peratus untuk empat bulan pertama tahun 2020 berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

“Pendapatan sebanyak RM108 juta dalam tempoh Januari hingga April 2020, iaitu peningkatan sebanyak 14 peratus atau bersamaan dengan RM12.9 juta iní dibantu oleh pengukuhan harga minyak sawit mentah, iaitu sebanyak RM2,509 metrik tan pada April 2020 berbanding RM1,974 metrik tan pada April 2019.” katanya.

Komen & Pendapat

Comments are closed.