Perak Hari Ini

Projek Perumahan Lewat Akibat PKP Termasuk Dalam Akta Tangani Kesan Wabak

KAMUNTING: Rentetan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), banyak projek perumahan tergenda dan terpaksa dihentikan sehingga banyak projek perumahan tidak dapat disiapkan mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin ketika ditanya media berkenaan dengan tindakan yang boleh diambil terhadap pemaju ekoran kelewatan menyiapkan projek perumahan, katanya kerajaan masih dalam proses untuk menggubah Akta Langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan COVID-19.

Katanya, akta tersebut akan termasuk dalam klausa ini dimana kedua dua pihak (pembeli dan pemaju) tidak boleh mengambil tindakan saman antara satu sama lain.

“Dalam hal ini, oleh kerana pendermik Covid-19, jadi kita tak boleh nak salahkan mana-mana pihak termasuk pemaju dan pembeli, dalam bulan Julai, apabila kita gubal Akta Langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan COVID-19, akan termasuk klausa ini dimana kedua dua pihak tidak boleh saman antara satu sama lain.

“Kita akan buatkan terma baharu,” katanya kepada media selepas mengadakan lawatan kerja di Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting, hari ini.

Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Mohammad Hamdan Wahid, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Azmi Osman dan Exco Pertanian, Perikanan, Perladangan dan Sekuriti Makanan, Datuk Abdul Yunus Jamhari.

Tambah beliau, setakat ini terdapat 700 hingga 800 permohonan daripada pihak pemaju untuk mereka memanjangkan tempoh masa akibat daripada perlaksanaan PKP.

“Kita ada dalam 700 ke 800 permohonan untuk pemaju perlukan lebih masa habiskan projek disebabkan kerja-kerja ditutup selama tiga bulan,” katanya.

Ujar beliau, pembeli juga perlu menerima hakikat bahawa mereka tidak boleh membuat tuntutan mengikut perjanjian asal.

Terdahulu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan berkata, lebih 10 akta dikenal pasti akan dipindah di bawah RUU itu termasuk Akta Insolvensi, akta berkaitan pemaju perumahan akan dibawa ke kabinet dan bentang di Parlimen pada Julai ini dan Ogos atau September.

Dalam perkembangan lain katanya, beliau mahu lebih ramai anggota bomba wanita menyertai pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang mana masih tidak ramai menceburi pasukan berkenaan iaitu sebanyak lima peratus sahaja.

“Saya sebut ada keperluan untuk meningkatkan lagi anggota wanita kerana wanita diperlukan untuk kerja-kerja yang lebih halus yang harus disantuni dan lebih baik dibuat oleh orang perempuan.

“Syaratnya mungkin tidak perlu terlalu ketat sangat dari segi kriteria untuk diambil pemilihan, tak perlu nak panjat-panjat, angkat besi berat-berat. Jadi perkara ini kita harus lihat ada kelonggarannya untuk lebih ranai lagi wanita untuk menyertai,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");