Berita Hari Ini

PRU Di Singapura: PAP Tampil Muka Baru Calon Melayu Berpengalaman

SINGAPURA: Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat (PAP) Lee Hsien Loong, menyifatkan enam muka baru yang menjadi calon Melayu PAP kali ini sebagai wakil generasi baru Melayu yang berjaya.

Beliau berkata demikian pada sidang media maya untuk mengumumkan barisan calon PAP bagi Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) Ang Mo Kio hari ini.

BH Online yang memetik Agensi melaporkan enam muka baru calon Melayu yang akan bertanding dalam pilihan raya umum (PRU) kali ini adalah yang paling ramai diperkenalkan sebagai proses pembaharuan kepimpinan Melayu untuk satu-satu pilihan raya.

Hsien Loong berkata, mereka mewakili barisan yang luas dari segi latar belakang dan mempunyai pengalaman lapangan yang sangat kuat.

PAP kali ini menampilkan Nadia Ahmad Samdin, Zhulkarnain Abdul Rahim, Sharael Taha, Mariam Jaafar, Fahmi Aliman dan Dr Wan Rizal Wan Zakariah.

Nadia adalah peguam dan aktivis belia, Sharael ialah Naib Presiden Singapore Aero Engine Services dan Mariam pula adalah Pengarah Urusan Boston Consulting Group.

Zhulkarnain adalah mantan Pengerusi AMP manakala Fahmi adalah bekas Kolonel Tentera Udara Singapura (SAF) dan anggota Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) manakala Wan Rizal adalah ahli akademik.

Hsien Loong berkata, PAP sangat gembira dengan calon Melayu yang dipilih kerana menampilkan kepelbagaian generasi baru Melayu muda yang berjaya dalam kehidupan dan yang mahu menyumbang kembali kepada masyarakat.

“Mereka adalah contoh cara sistem kita berfungsi demi memastikan masyarakat Melayu Singapura, seperti orang lain di Singapura, ada peluang sama rata untuk berjaya dan menyumbang kembali kepada masyarakat,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");