Perak Hari Ini

Pusat Penempatan Gelandangan Di Tutup, 47 Petugas Terima Sumbangan Aidilfitri Kerajaan Perak RM250

IPOH: Selepas hampir dua bulan Pusat Penempatan Gelandangan (PPG) di Arena Badminton beroperasi, hari ini secara rasmi ianya ditutup.

Pusat yang dibuka pada 18 April lalu itu pada mulanya menempatkan 49 gelandangan akhirnya kepada 89 orang.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat Perak, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin, daripada angka tersebut, seramai 27 orang telah ditempatkan di Rumah Seri Kenangan di bawah kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

 

Katanya sebahagian mereka turut ditempatkan di Rumah Penjagaan yang diuruskan organisasi bukan kerajaan (NGO) di sekitar bandar raya ini.

Selain itu, katanya seramai 15 orang telah dipulangkan kepada waris masing-masing sementara 10 orang kini telah berjaya mendapat peluang pekerjaan menerusi program padanan kerja yang dijalankan PPG tersebut.

Jelasnya kesemua mereka kini terlibat dalam pekerjaan bagi sektor kedai mencuci kereta, perusahaan kedai makan serta perladangan.

“Selebihnya ada ditempatkan di Hospital Batu Gajah, Hospital Bahagia Ulu Kinta, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan sebagainya.

“Seramai tiga orang kita telah hantar ke Pusat Sehenti Rakan Jalanan di Taiping petang semalam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Penutupan PPG Arena Badminton Perak, dekat sini, hari ini.

Hadir sama, Pegawai Daerah Kinta, Halizah Sipun serta Pegawai Daerah Larut Matang & Selama, Akmal Jaafar Sidek.

Dalam majlis sama Wan Norashikin turut menyampaikan sumbangan Hari Raya Aidilfitri oleh kerajaan negeri kepada 47 orang petugas di PPG Arena Badminton serta empat di Taiping.

Mereka yang terdiri daripada anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), serta Polis Bantuan yang mendapat elaun harian menerima sumbangan berjumlah RM250 setiap seorang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");