Berita Hari Ini

Singapura Sedia Bekerja Tarik Sekatan Sempadan

SINGAPURA – Singapura bersedia untuk bekerja dengan Malaysia dalam menangani keperluan pelawat rentas sempadan ketika penularan pandemik Covid-19.

Pelawat terbabit termasuk mereka yang berkunjung atas urusan perniagaan dan rasmi serta warga Singapura dan Malaysia yang sebelum ini berulang-alik di antara kedua-dua negara.

Kementerian Luar Singapura berkata demikian dalam kenyataan sebagai menjawab pertanyaan media mengenai cadangan Malaysia untuk menarik balik sekatan sempadan di antara Singapura dan negara itu.

“Persetujuan dua hala sedemikian perlu merangkumi protokol kesihatan awam yang dipersetujui kedua-dua belah pihak bagi memelihara kesihatan awam dan keselamatan rakyat di kedua-dua negara.

“Kedua-dua negara akan memerlukan sedikit masa untuk mengusahakan perincian bagi menarik balik sekatan secara beransur-ansur untuk memastikan proses pemulihan yang stabil daripada pandemik Covid-19,” kata jurucakap kementerian itu.

Pada Jumaat (19 Jun), Malaysia secara dasarnya bersetuju membenarkan rakyat Singapura dan Brunei memasuki sempadan negara tanpa perlu memohon kepada Jabatan Imigresen Malaysia atau menjalani saringan Covid-19 dan kuarantin di rumah. – MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");