Berita Hari Ini

Speaker Mohamad Ariff Sahkan Terima Usul Cadang Khidmat Beliau Ditamatkan

KUALA LUMPUR – Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof mengesahkan telah menerima usul mencadangkan supaya khidmat beliau sebagai speaker Dewan Rakyat ditamatkan.

Beliau berkata turut diterima adalah usul mencadangkan supaya khidmat Nga Kor Ming sebagai timbalan speaker juga ditamatkan.

Mohamad Ariff berkata kedua-dua usul itu diterima mengikut amalan biasa dan selari dengan Peraturan Majlis Mesyuarat serta tanpa berat sebelah.

“Terpulanglah kepada Dewan untuk memutuskannya mengikut lunas-lunas Perlembagaan. Saya tiada masalah secara peribadi selagi proses demokrasi dan Perlembagaan dipatuhi,” katanya ringkas, lapor Bernama.

Sementara itu Nga yang juga Ahli Parlimen Telok Intan mengesahkan usul tersebut dibawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan diserahkan kepada Dewan Rakyat pada petang Jumaat (26 Jun) lepas.

Nga sebelum ini dilaporkan berkata beliau akan menghormati keputusan yang dibuat Dewan Rakyat sama ada mahu beliau dan Mohamad Ariff terus kekal atau melepaskan jawatan mereka mengikut perlembagaan dan peraturan Parlimen.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");