Berita Hari Ini

Suhakam Gesa Kerajaan Sokong Larangan Penyeksaan

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) hari ini menyeru kerajaan segera melaksanakan beberapa langkah menyokong larangan penyeksaan di bawah undang-undang adat antarabangsa.

Suruhanjaya itu dalam satu kenyataan memaklumkan larangan penyeksaan adalah termaktub di bawah Perkara 3 Perisytiharan Hak Asasi Manusia (UDHR) 1948 dan Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Menurut Suhakam, antara langkah yang perlu dilaksanakan ialah mengurangkan kadar pemenjaraan tahanan untuk mengatasi kesesakan di pusat tahanan.

“Memastikan penyiasatan segera terhadap semua aduan dan laporan kes-kes penyeksaan dan layanan tidak berperikemanusiaan diikuti dengan pelaksanaan proses pendakwaan dan pendengaran yang selaras dengan piawaian antarabangsa apabila wujud bukti yang boleh dipercayai,” demikian menurut kenyataan itu, lapor Bernama.

Selain itu, Suhakam turut meminta kerajaan memansuhkan apa juga undang-undang melibatkan tindakan penyeksaan dan menggantikannya dengan hukuman alternatif yang tidak melibatkan kecederaan fizikal.

Kenyataan itu dikeluarkan bersempena Hari Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Menyokong Mangsa-mangsa Penyeksaan pada setiap 26 Jun.

Ia sebagai tanda memerangi penyeksaan dan menyokong Konvensyen Menentang Penyeksaan dan Layanan atau Hukuman Lain yang Zalim, Tidak Berperikemanusiaan atau Menjatuhkan Maruah (UNCAT) serta Protokol Pilihan, kata Suhakam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");