Membawang Hari Ini

Sushant Singh Rajput Mati Bunuh Diri

AKTOR Bollywood meningkat naik Sushant Singh Rajput, 34, ditemui meninggal di kediamannya di Bandra, Mumbai hari ini.

Harian Metro melaporkan laporan awal menyebut ia disebabkan bunuh diri.

Rajput memulakan kariernya pada 2008 dengan membintangi telefilem Kis Desh Mein Hai Meraa Dil.

Populariti diraih program berkenaan sekali gus membuka peluang buat aktor terbabit diuji bakat membintangi siri yang sangat berjaya berjudul Pavitra Rishta.

Pada 2013, Rajput membintangi filem sulungnya berjudul Kai Po Che! sehingga membolehkan namanya dicalonkan dalam pelbagai acara anugerah di India.

Filem terbitan bekas eksekutif Disney, Ronnie Screwvala dan Siddharth Roy Kapur itu turut mendapat pencalonan di Festival Filem Berlin sebelum dilancarkan di seluruh dunia.

Antara kejayaan terbesar Rajput adalah wataknya sebagai kapten kriket India sebagai Mahendra Dhoni dalam filem biografi M.S. Dhoni: The Untold Story pada 2016.

Filem lainnya yang hit juga termasuk Kedarnath pada 2018 dan Chhichhore (2019). Tahun lalu, filem Drive lakonannya turut ditayangkan di Netflix.

Manakala, filem membabitkannya berjudul Dil Bechara iaitu versi buatan semula daripada filem The Fault in Our Stars bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Kematian mengejutnya itu ternyata benar-benar membuatkan ramai rakan industri tidak percaya termasuk aktor senior Akshay Kumar.

“Terus-terang, berita ini sangat mengejutkan saya dan hilang kata-kata. Saya masih ingat menontonnya dalam Chhichhore dan beritahu sahabat saya Sajid, saya sangat suka filem itu.

“Dia seorang pelakon yang sangat berbakat besar. Semoga Tuhan memberi kekuatan buat seluruh keluarganya,” demikian ciapan Akshay di Twitter.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");