Panasnya Hari Ini

Syed Saddiq Dipanggil Bukit Aman

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dipanggil ke Bukit Aman, pada jam 2.30 petang hari ini bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya didakwa berunsur hasutan dalam temubual bersama sebuah stesen televisyen antarabangsa.

BH Online melaporkan, Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, berkata kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia.

“Kita akan panggil bekas menteri itu ke Bukit Aman, jam 2.30 petang hari ini.

“Syed Saddiq akan disiasat mengikut akta hasutan dan komunikasi multimedia,” katanya sebagaimana dilaporkan BH Online.

Terdahulu, Syed Saddiq menerusi Twitter mengesahkan dipanggil Bukit Aman untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan isu temubualnya bersama wartawan Al-Jazeera, Mehdi Hasan.

“Temubual ini untuk siaran Al Jazeera pada 6 Mac lalu, hampir 4 bulan lalu.

“Saya sedia untuk memberi kerjasama penuh dengan pihak polis. Berani kerana benar,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");