Berita Hari Ini

‘Tak, tak, tak, tak’

Kerajaan tidak membatalkan harga siling petrol dan diesel seperti yang dilaporkan.

Bercakap kepada pemberita, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDHEP) Alaxender Nanta Linggi, bagaimanapun enggan membuat penjelasan lanjut.

Sebaliknya, katanya, perkara itu akan dijelaskan dalam satu kenyataan esok.

Beliau berkata enggan berbuat demikian hari ini kerana tidak mahu kenyatannya “diputar belit”.

“Tak, tak, tak, tak. Jangan terpesong (don’t be misled). Jangan salah faham. Kami tak keluarkan harga siling itu (daripada warta kerajaan) […]

“Masih sama. Esok, tunggu kenyataan dari kerajaan. Kami mahu ia jelas. Daripada kita buat kenyataan sekerat-sekerat.

“Kemudian nanti orang putar belit, dan kita pun berdebat tentang hal yang tiada apa-apa pun untuk berminggu-minggu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat tinjauan terhadap kedai gunting rambut di sebuah pusat membeli belah di ibu kota hari ini.

Warta Kerajaan Persekutuan berhubung Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penentuan Harga Runcit Maksimum bagi Petrol dan Diesel) terbaru tidak lagi menyebut tentang harga siling atau harga runcit maksimum untuk petrol dan diesel.

Sebaliknya, warta bertarikh 3 Jun itu, sekadar memaklumkan bahawa pembatalan harga siling itu adalah berdasarkan kuasa yang diberikan oleh Seksyen 4, Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 [Akta 723], Pengawal, dengan kelulusan menteri.

Ia diluluskan oleh Nanta selaku menteri KPDNHEP pada 10 April lalu.

Sebelum ini, kerajaan Pakatan Harapan (PH) menetapkan harga RON95 dan diesel masing-masing tidak boleh dijual melebihi harga RM2.08 dan RM2.18.

Sementara itu, ditanya mengenai penahanan empat pengarah syarikat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung sindiket penyelewengan kuota pembekalan minyak masak bersubsidi daripada KPDNHEP, Nanta menyerahkan hal itu kepada pihak berkuasa.

Katanya, pegawai penguatkuasa KPDNHEP sentiasa memantau pembekalan yang dilakukan oleh kementerian itu namun tidak menolak ada beberapa pihak yang didakwanya “nakal”, merujuk kes penyelwengan melibatkan subsidi berjumlah RM21.6 juta itu.

“Sekarang biarlah SPRM buat kerja dia. Kami beri penuh kerjasama setakat yang kami mampu,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");