Perak Hari Ini

Tanda Sokongan Kepada Barisan Hadapan, KPJ Ipoh Terus Sumbang PPE Kepada HRPB

IPOH- Hospital Pakar KPJ Ipoh hari ini menyumbangkan alat pelindung diri (PPE) kepada Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) sebagai tanda sokong pihak mereka terhadap barisan hadapan dalam memerangi wabak koronavirus (Covid-19).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Yusmah Salleh berkata, usaha tersebut adalah salah satu inisiatif Tanggungjawab Korporat Sosial (CSR) dalam menyokong negara dan bertujuan untuk membantu petugas kesihatan dalam memastikan mereka dilindungi dengan baik.

Katanya, pada hari ini, pihak KPJ Ipoh telah menyumbangkan PPE yang terdiri daripada 5,000 penutup hidung dan mulut, 1,000 PPE, 1,000 helai penutup kepala, 1,000 helai penutup kaki dan 1,000 helai tudung pakai buang.

“Kami sangat menghargai dedikasi dan pengorbanan barisan hadapan negara yang berusaha tanpa lelah untuk melawan Covid-19 dan menjaga keselamatan kami dalam masa yang mencabar ini.

“Kami berharap dengan sumbangan ini dapat meringankan beban barisan hadapan di HRPB dengan menyediakan bekalan PPE yang mencukupi untuk pemeriksaan dan rawatan kesihatan Covid-19,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Beliau menyerahkan kesemua barangan tersebut kepada Timbalan Pengarah HRPB, Dr Megat Iskandar Megat Abdul Hamid, di sini, hari ini.

Katanya, bagi jumlah keseluruhan sumbangan yang diberikan pada sebelum adalah melebihi dari RM120,000 dan jumlah sumbangan pada hari ini adalah kira-kira RM30,000.

Sementara itu kata Megat Iskandar, setakat ini pihak HRPB tidak menghadapi sebarang masalah kekurangan alat pelindung diri kepada petugas kesihat di sana.

“Bekalan mencukupi, tiada masalah. Kita terima sumbangan daripada pihak swasta bukan bermakna ia tidak mencukupi,” jelas beliau.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");