Perak Hari Ini

Tempat Pembiakan Jentik-jentik :118 Premis Dikeluarkan Notis

IPOH: Sebanyak 118 premis di Perak dikesan mempunyai tempat pembiakan jentik-jentik bagi tempoh sejak 31 Mei lalu.

Susulan itu kesemua premis terbabit diberi notis pembersihan di bawah Seksyen 8 (1) Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Ahmad Saidi Mohamad Daud berkata premis sama akan diminta melakukan kerja-kerja pembersihan dalam tempoh 14 hari.

Selain itu katanya dalam tempoh sama, daripada 67 tapak pembinaan yang diperiksa sebanyak sembilan kawasan dikenalpasti mempunyai tempat pembiakan jentik-jentik.

Katanya daripada jumlah tersebut, tiga premis dikenakan tindakan kompaun.

“Secara keselurhan 802 kompaun telah dikeluarkan. Sementara sebanyak 90,830 premis telah kita diambil tindakan bagi membunuh jentik-jentik,” katanya.

Menurutnya lagi bilangan tapak pembinaan yang akan didakwa masih lagi dalam proses semakan dan perundangan.

Sementara itu katanya selain tapak pembinaan, kawasan seperti tanah perkuburan turut dikenalpasti sebagai kawasan yang berpotensi kepada pembiakan jentik-jentik.

“Kita sudah melaksakana kerja-kerja semburan pengasapan kepada hampir setengah juta kediaman di seluruh negeri dan ianya akan diteruskan dari semasa ke semasa,” ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan operasi penguatkuasaan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975 di dua buah tapak pembinaan sekitar bandar raya di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama beliau berkata kes demam denggi di negeri ini meningkat sebanyak 23.1 peratus kepada 1,797 dalam tempoh 1 Jan hingga 9 Jun tahun ini berbanding 1,460 kes dalam tempoh sama tahun lepas.

Katanya kumulatif kes kematian akibat denggi adalah sebanyak tiga kes bagi tahun ini.

“Kita akan memberikan komitmen seratus peratus untuk memastikan wabak denggi dan chikungunya akan mencatatkan penurunan selepas ini,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");