Sukan Hari Ini
Like

Terima kasih penyokong Liverpool: Mohamed Salah

June 26, 2020
239 Views
0 Comments
2 minutes read
Terima kasih penyokong Liverpool: Mohamed Salah

Penyerang sensasi Liverpool Mohamed Salah berterima kasih kepada semua penyokong Liverpool berikutan kejayaan pasukan berkenaan muncul juara Liga Perdana Inggeris (EPL) sejak 1990 lalu.

Menerusi twitternya, pemain kelahiran Mesir itu mengakui ia satu perasaan yang hebat dan dia mahu mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong Liverpool di seluruh dunia atas kemenangan berkenaan.

“Terima kasih kepada semua penyokong Liverpool dari seluruh pelosok dunia. Anda menjadikannya (kemenangan) satu kenyataan.

“Kami berharap dapat membawakan kejayaan ini kepada anda, kerana anda berhak menikmatinya. Sekarang mereka akan percayakan kita,” katanya bagi mengulas kejayaan Liverpool muncul juara EPL kali ini apabila pencabar terdekat, Manchester City tewas 1 – 2 kepada Chelsea di Stamford Bridge.

Selain mengesahkan kejayaan muncul juara EPL 2019 / 2020 Liverpool sekali gus turut menamatkan penantian selama 30 tahun kelab berkenaan untuk muncul juara EPL sejak ia diperkenalkan pada 1990.

Liverpool yang hanya tewas sekali musim ini turut mencatat sejarah tersendiri apabila muncul pasukan EPL pertama yang dinobatkan juara biarpun saingan masih berbaki tujuh perlawanan untuk ditamatkan.

Sementara itu pertahanan Liverpool, Andy Robertson menyifatkan kaedah pendekatan yang diaplikasikan kelab berkenaan secara keseluruhannya telah banyak membantu kejayaan pasukan.

Katanya, perkara berkenaan sekali gus menjadikan mereka seolah-olah sebagai sebuah ‘keluarga besar memetik Sinar Harian.

“Kami juga agak rapat antara satu sama lain dan kami cukup teruja untuk menjalani latihan setiap hari. Jika ada seseorang yang mempamerkan prestasi buruk, kami akan cuba menasihatinya.

“Kami juga berhubung rapat ketika beraksi di padang dan itu sebabnya mengapa skuad kali ini agak istimewa dan saya bangga menjadi salah seorang pemainnya,” katanya.

Komen & Pendapat

Comments are closed.