Berita Hari Ini

Sidang Media Harian COVID-19 Dijarakkan Hari Bermula Minggu Depan

PUTRAJAYA: Sidang media harian COVID-19 oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang ditunggu-tunggu saban hari sejak kira-kira tiga bulan lalu, akan dijarakkan mulai minggu depan.

BH Online melaporkan Dr Noor Hisham mengumumkan perkara itu ketika mengakhiri sidang media harian petang tadi.

“Saya ucapkan terima kasih kepada semua yang hadir hari Sabtu ini. Kita tetap akan menjalankan dan memberi maklumat terkini tetapi minggu depan kita mungkin akan menjarakkan sidang akhbar ini,” katanya pada sidang media harian COVID-19, di sini, hari ini.

Sepanjang tiga bulan ini, dua kali sidang media harian COVID-19 tidak diadakan, sebaliknya kenyataan media yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan, iaitu pada 9 Mei lalu dan pada 1 Syawal, sempena sambutan Aidilfitri.

Pada sidang media petang tadi juga, Dr Noor Hisham turut menyampaikan penghargaan terhadap petugas media membantu kerajaan memutuskan penularan wabak COVID-19 di negara ini.

“Saya ucapkan terima kasih kepada barisan hadapan media yang bekerja keras untuk sama-sama menjayakan untuk memutuskan penularan COVID-19 dalam negara kita,” katanya

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");