Panasnya Hari Ini

Tiga Pengarah Syarikat Disyaki Rasuah Kontrak Iklan Lebih RM90 Juta

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga pengarah sebuah syarikat bagi membantu siasatan kes rasuah berkaitan memperoleh satu kontrak promosi pengiklanan kelolaan sebuah agensi kerajaan bernilai lebih RM90 juta pada tahun 2019.

Menurut sumber, ketiga-tiga pengarah syarikat berusia antara 31 hingga 48 tahun ini ditahan lewat petang semalam di Ibu Pejabat SPRM.

“SPRM juga telah mengenalpasti pegawai agensi yang terlibat dan dijangka membuat beberapa siri tangkapan yang melibatkan individu yang bersekongkol dengan ketiga-tiga pengarah syarikat ini,” kata sumber itu.

Difahamkan syarikat ini telah mengemukakan dokumen dan maklumat palsu untuk memasuki tender hingga ditawarkan kerja-kerja tersebut.

“Syarikat terbabit juga dikatakan tidak memiliki kelayakan serta gagal melepasi penilaian teknikal dan kewangan.

“Walau bagaimanapun disebabkan bayaran suapan rasuah kepada orang dalam maka semua syarat asas diketepikan bagi membolehkan kontrak tersebut diberikan kepada syarikat terbabit,” katanya.

Kata sumber itu lagi, siasatan dibuat di bawah seksyen 17 (a) dan seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.

Menurut beliau, ketiga-tiga pengarah syarikat dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini bagi permohonan tahanan reman di bawah Seksyen 117, kanun acara jenayah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");