Membawang Hari Ini

Usia Kandungan Cecah 5 Bulan, Fazura Shopping Kasut Baru

Menanti detik kelahiran anak sulung mereka tidak lama lagi, pasti ramai peminat yang tidak sabar untuk melihat wajah comel anak kepada pasangan selebriti popular Nur Fazura dan Fattah Amin.

Difahamkan, usia kandungan Fazura kini sudah mencecah lima bulan. Buat ibu yang sedang hamil, pasti akan mengalami perubahan fizikal termasuklah Fazura yang berkongsikan kasut yang sering dipakainya sudah tidak muat lagi.

Fattah turut berkongsikan momen manis ketika proses kehamilan anak sulung dimana dia dan Fazura keluar untuk menbeli kasut baru. Menerusi video tersebut turut kelihatan ‘baby bump’ Fazura.

“Hari ini kami on the way pergi Bata! Yaayy! Dapat keluar. Saya akan beli kasut baru jika ada urusan emergency sebab kasut-kasut saya semua dah tak muat,” katanya.

Diruangan komen rata-rata netizen teruja melihat pasangan itu yang sentiasa bahagia. Malah, ramai yang mendoakan semoga proses kehamilan dan kelahiran pelakon itu berjalan lancar dan dipermudahkan.

April lalu, Fazura mengesahkan dirinya hamil selepas dua tahun mendirikan rumah tangga. Fattah dan Fazura dijangka akan menyambut kelahiran anak sulung mereka akhir tahun ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");