Panasnya Hari Ini

Usul Tukar Speaker, Undi Tidak Percaya Dan Percaya Pada 13 Julai

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Dewan Rakyat yang akan bersambung pada 13 Julai dijangka dramatik kerana Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengusulkan Speaker dan Timbalan Speaker yang baharu untuk menggantikan Tan Sri Mohamad Ariff Md. Yusof dan Nga Kor Ming.

Sinchew Daily melaporkan, seorang lagi Timbalan Speaker Dewan Rakyat,
Datuk Mohd. Rashid Hasnon yang menyokong Perikatan Nasional pula akan dikekalkan.

Selain itu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan mengusul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin sementara Pas mengorak langkah bertentangan dengan membawa usul undi percaya kepada Muhyiddin.

Menurut Sinchew Daily, Muhyiddin juga dijangka mengusul untuk ‘membekukan’ peraturan mesyuarat yang mengkehendaki makluman 14 hari untuk membolehkan Ahli Parlimen mencalonkan Speaker dan Timbalan Speaker baharu.

Difahamkan, Perikatan Nasional sudah mempunyai calon untuk menggantikan Yang di-Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat tersebut.

Sumber memberitahu, semua wakil rakyat perlu mengemukakan usul dan soalan pertanyaan sebelum pukul 5 petang, 26 Jun untuk persidangan Dewan Rakyat pada Julai.

Muhyiddin pula dilaporkan mengemukakan usul menggantikan Speaker dan Timbalan Speaker pada pukul 4.50 petang, 26 Jun.

“Muhyiddin meminta jawatan Yang di-Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat dikosongkan berdasarkan Perkara 57 (3) Perlembagaan Persekutuan.

“Berdasarkan Perlembagaan dan peraturan mesyuarat, jika usul diluluskan, maka 222 Ahli Dewan Rakyat akan dikeluarkan notis untuk mencalonkan Speaker dan Timbalan Speaker baharu melalui seorang satu undi,” katanya.

Sumber menjelaskan, undi akan dicatatkan, sekali gus merupakan satu ujian mengenai jumlah sokongan yang diterima Muhyiddin.

Ketika dihubungi Sinchew Daily, Kor Ming mengesahkan penerimaan usul daripada Muhyiddin.

Katanya, ia merupakan kali pertama dalam sejarah dengan Speaker dan Timbalan Speaker diminta digantikan walaupun mereka masih hidup.

Dalam satu lagi isu mengenai Parlimen, Kor Ming turut mengesahkan bahawa Speaker telah menerima usul Dr. Mahathir mengenai undi tidak percaya terhadap Muhyiddin.

Menurut sumber, Dr. Mahathir sekali lagi mengusulkan undi tidak percaya tehadap Muhyiddin dan ia telah diterima Speaker Dewan Rakyat untuk dimasukkan dalam agenda mesyuarat 13 Julai.

Dalam pada itu, Pas pula mengorak langkah bertentangan dengan usul undi percaya kepada Muhyiddin.

Dr. Mahathir sebelum ini memberitahu bahawa beliau berharap menggulingkan Muhyiddin melalui undi tidak percaya, walaupun tidak yakin dengan kejayaannya.

Dalam perkembangan terkini, Dr. Mahathir dilaporkan menyokong Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal sebagai Perdana Menteri. – MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");