Berita Hari Ini

Video Tular: Polis Cari Lelaki Pandu Kereta Di Laluan Motosikal

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan seorang lelaki yang memandu kereta di laluan motosikal di Lebuhraya Persekutuan, Petaling Jaya baru-baru ini.

Astro Awani melaporkan, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata siasatan awal mendapati kereta yang memasuki laluan motosikal itu didaftarkan atas nama sebuah syarikat.

“Laporan polis akan dibuat dan kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 74 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Tindakan dan siasatan lanjut akan diambil berhubung kejadian tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial sebuah kereta dipandu seorang lelaki memasuki laluan motosikal di lebuh raya berkenaan.

Beberapa penunggang motosikal kemudiannya dilihat mengarahkan kenderaan terbabit keluar daripada laluan tersebut kerana membahayakan mereka.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");