Berita Hari Ini

‘Wajar bekukan lesen jual arak’

PUTRAJAYA: Kementerian Wilayah Persekutuan tidak menolak kemungkinan akan membekukan semua aktiviti membabitkan pengeluaran dan penjualan arak berikutan kekerapan kemalangan maut membabitkan pemandu mabuk yang berlaku sejak kebelakangan ini.

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, tindakan pembekuan itu adalah wajar sehingga satu garis panduan diwujudkan dan semakan perundangan dilakukan.

“Dengan berlakunya kejadian pemandu mabuk dan menyebabkan kemalangan, adalah wajar pengeluaran lesen baru menjual arak dibekukan sehingga satu garis panduan dan semakan perundangan dapat dilakukan.

“Lesen premis pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu diperketatkan,” katanya menerusi ciapan di Twitter miliknya, hari ini.

Sebelum ini, hampir setiap hari media melaporkan berhubung kemalangan maut membabitkan individu mabuk.

Terbaru, seorang lelaki maut dirempuh sebuah kenderaan dipandu individu mabuk di Lebuhraya Sultan Iskandar menghala ke ibu negara.

Difahamkan, mangsa berusia 44 tahun itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bukit Antarabangsa, Ampang, selepas menghantar makanan yang dijual isterinya.

Bagaimanapun, mangsa yang menunggang motosikal model Honda EX5 dirempuh kenderaan Nissan Grand Livina dipandu suspek berusia 21 tahun.

Akibat rempuhan itu, mangsa tercampak ke sebelah kiri bahu jalan manakala motosikalnya diseret sejauh kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian memetik Harian Metro.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");