Perak Hari Ini

Warga Indonesia Ditahan Di KTM Batu Gajah Kerana Cuba Rentas Negeri

BATU GAJAH: Seorang warga Indonesia ditahan di Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Batu Gajah, dekat sini, selepas didapati melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan cuba merentas negeri tanpa kebenaran, lewat malam semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata lelaki yang berusia 17 tahun itu dalam perjalanan dari Shah Alam, Selangor menuju ke Taiping.

Katanya hasil siasatan awal mendapati dia telah menaiki kereta api Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dari Stesen KL Sentral menuju ke Stesen KTM Ipoh.

“Berdasarkan soal siasat, suspek mengaku datang dari Shah Alam, Selangor dan hendak menuju Taiping, Perak untuk tinggal bersama ibunya.

“Menurut suspek, ibunya akan datang mengambil dan terus membawanya pulang ke Taiping.

“Suspek dimasukkan ke Lokap Balai Polis Pusing kerana masih berada di bawah umur,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya lagi, ketika Op COVID-19 yang dijalankan di lokasi sama, polis mendapati lelaki tersebut turut gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah untuk masuk ke negara ini.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) serta Peraturan 6 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

“Suspek ditahan reman selama 14 hari bermula hari ini,” ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");