Berita Hari Ini

19 premis perniagaan dinasihati patuh SOP

Sebanyak 19 premis perniagaan diberi nasihat manakala satu premis diberi amaran oleh pegawai penguat kuasa kerana kesalahan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang menjalankan tindakan penguatkuasaan semalam di 1,284 premis melalui pemeriksaan khas Pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semalam, mendapati sebanyak 1,264 premis mematuhi SOP yang ditetapkan.

“Sebanyak 19 lagi premis diberi nasihat kerana tidak patuh SOP. Satu premis juga diberi amaran oleh pegawai penguat kuasa kerana tidak mematuhi SOP.

“Dalam tempoh PKPP ini, Kerajaan ingin menggesa pengusaha dan orang ramai supaya

sentiasa mengamalkan kawalan kendiri termasuk penjarakan sosial dan kebersihan diri terutama dalam aktiviti jual beli barangan keperluan harian,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ismail Sabri berkata, penguat kuasa KPDNHEP juga sudah membuat pemantauan harian terhadap 25 jenis bekalan barangan di 692 premis perniagaan termasuk peruncit (487), pemborong (173) dan pengilang (32).

Beliau berkata, secara keseluruhan bekalan barangan keperluan didapati mencukupi dan mampu menampung keperluan dalam negara yang berterusan dan mudah diperolehi.

“Kementerian Pertanian dan Industri Makanan juga membuat pemantauan di peringkat pengeluar makanan dan memberi jaminan bekalan barangan keperluan mencukupi.

“Oleh itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak bimbang dengan bekalan makanan dan keperluan kerana ia dijamin mencukupi,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");